RM10.00
Berdiri Teguh (Siri Asas Projek Damai, Jilid 2)
Price RM10.00
Product SKU SKU-A-9789671806913-UNIT-31030
Points Needed 200
Availability 318
Quantity
Description
Akhir-akhir ini, amat perlulah umat Kristian memperlengkap diri untuk menghadapi
pelbagai dugaan dan cabaran terhadap iman mereka. Kecekalan dan kekuatan untuk
mengharungi setiap percubaan memerlukan pembinaan asas kepada iman yang
teguh selaras dengan ajaran Alkitab. Apa yang kita percaya tentang Allah Tritunggal
dan pekerjaan khusus oleh Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh akan menentukan
betapa teguhnya iman kita. Buku ini berhasrat membantu umat Kristian untuk
menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:
  • Dapatkah Alkitab dipercayai sebagai Firman Allah?
  • Adakah orang Kristian menyembah tiga Allah?
  • Siapakah Yesus - manusia atau Allah?
  • Benarkah Yesus bangkit daripada kematian? Jika ya, bagaimanakah kita mendapat kepastian tentang hakikat ini?
  • Bagaimanakah kita dapat berdiri teguh dalam iman kita?
Selain itu, anda akan belajar bagaimana sentiasa bersedia menjawab pertanyaanpertanyaan yang berkaitan dengan kepercayaan anda apabila dipersoalkan. Dua
kaedah yang akan dipelajari ialah “Kaedah Judo” dan “Kaedah Wacana”. Dua kaedah ini
akan memperlengkap anda untuk mempertahankan iman anda dengan penuh
keyakinan dan berdiri teguh untuk Tuhan Yesus.

/Pastor Ng Kee Chuan

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews