RM30.00
Penyembahan Yang Hidup: Panduan Praktikal Untuk Pemimpin Penyembahan
Price RM30.00
Product SKU SKU-A-9786299798804-UNIT-38013
Points Needed 600
Availability 1
Quantity
Description
Penyembahan Yang Hidup ditulis untuk orang Kristian yang mahu mengetahui dasar alkitabiah penyembahan, khasnya mereka yang terlibat dalam pimpinan kebaktian. Buku ini menyediakan panduan praktikal yang bermanfaat untuk pastor-pastor, pelayan-pelayan sepenuh masa, dan mereka yang memimpin penyembahan. Misi utama buku ini adalah untuk membantu pemimpin menghidupkan penyembahan di gereja-gereja tempatan.

Penyembahan Yang Hidup bukan sahaja menyentuh tentang penyembahan yang alkitabiah, ia juga mengandungi pelbagai cadangan praktikal termasuk cara-cara memperkembangkan pujian dan doa berjemaah, memperbaiki cara pembacaan Alkitab, dan mengintegrasikan penyembahan dengan khutbah. Hal-hal praktikal seperti susunan tempat penyembahan dan penggunaan kemudahan moden juga dibincangkan.

Penulis juga membincangkan pelbagai kekuatan dan kelemahan penyembahan masa kini supaya para pembaca diperlengkapi dengan ilmu yang holistik untuk memimpin penyembahan dengan lebih berkesan bagi kemuliaan Tuhan.

Tentang Penulis:
David R Burfield seorang pakar sains yang pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya selama 17 tahun. Kemudiannya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran Dalam Teologi dari Universiti Nottingham. Beliau juga pernah melayani sebagai pensyarah dalam bidang Teologi Praktikal di Seminari Teologi Sabah dan sebagai pensyarah jemputan di Maktab Teologi Sabah di Namaus. Kini, beliau bersara di England dan melayani sebagai anggota pasukan para pemimpin Forefront Community Church di Chard, Somerset.

Tentang Penerbit:
Malaysian Worship Collective memperjuangkan lagu-lagu pujian dan penyembahan karya anak Malaysia kerana kami percaya Tuhan turut memberi Gereja Malaysia lagu-lagu dalam bahasa ibunda kami; lagu-lagu yang diurapi oleh Roh Kudus. Namun begitu, setakat ini, terlalu sedikit lagu-lagu ini dikongsi di luar gereja masing-masing dan tidak mencapai gereja Malaysia secara menyeluruh. Pada tahun 2018, hati kami membara dengan panggilan Tuhan untuk mengumpulkan para pemimpin pujian, penulis dan penggubah lagu, pemuzik dan pendoa syafaat dari latar belakang denominasi Kristian yang berlainan untuk mengangkat suara dan irama Malaysia dalam penyembahan bersama-sama. Kami berharap Gereja Malaysia akan sentiasa menjadi penyembahan yang hidup bagi Tuhan.
Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews